.

.
memories

Sunday, November 11, 2012

Sunday, October 28, 2012

Kepercayaan

Aku makin rapuh
Aku makin lemah
Aku makin hilang
Aku takut...

Kenapa susah sangat?
Berdosa sangatkah?
Jahat sangatkah?
Tidak layakkah?
Bukankah jika sudah berubah hidup akan lebih baik tapi apekah?

Jangan tanya aku sebab aku tak tau
Aku bukan aku yang dulu
Aku dah tinggalkan hidup lama ku
Tapi aku tak dapat ape yang aku nak
Aku tak dapat sinar baru
Ape lagi salah aku?
Tak kasihankah pada orang disisiku?
Bersalahkah dia padamu?
Mengapa tempiasnya pada dia?
Jawablah, tolong lah jawab...

Thursday, August 16, 2012

Kematian itu satu perkara yang pasti...

Firman Allah SWT bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati
maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"

(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka iniakan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Friday, June 22, 2012

Penyesalan

Ambil setiap kebaikan di sebalik keburukan yang kite hadapi.....
boleh ke aku percaya dgn ayat di atas tu? ada org kate something good will come tapi aku rase makin worse ada la.
kalo aku tau susah macam ni hidup aku bile aku blk KL mmg mati hidup semula aku xkeluar dr Johor, baik aku stay dgn job scope yg asal keje aku, kat sini aku da mule get long dgn keje yg aku buat tapi pressure dr keluarga, dari kewangan aku mmg betul2 mencabar jiwa aku, sana kejar hutang sini kejar hutang, nak OT xle, nk keje lain xde org nak, aku pun xtau la nape malang sgt hidup aku sejak aku balik KL nih..

Ya ALLAH, bantulah aku ya ALLAH, berikan aku kesabaran dan pemikiran yang waras utk aku menghadapi segala ujian mu ini ya ALLAH, ampuni lah aku jika aku gagal bertahan ya ALLAH, aku semakin lemah dgn dugaan mu ini......

Monday, June 11, 2012

Siapa kita sebenarnya...

Xpayah nak bingung sangat dengan title kat atas.....

sebenarnye aku just nak kongsi satu perasaan yg aku da lama perhatikan, mungkin ianya hakikat menjadi seorang insan yang bergelar manusia kerana apabila dia MISKIN bermakna dia adalah satu subjek yang tidak perlu diambil kira soal hati dan perasaan mahupun maruah... inilah yang terjadi pada dunia masa kini, jangan kata orang luar, adakalanya adik beradik sendiri pun berlaku perkara sebegini, jadi persoalan aku ialah:

1. Adakah ianya perlu berlaku?
2. Adakah setelah menjadi kaya kita berhak mencaci dan mengguris perasaan org lain?
3. Adilkah kalo kita sekadar menganggap kita berkuasa kerana kita kaya, senior dan yang miskin dan junior perlu mendewakan kite sedangkan hakikatnye kita yang salah?
ladies and gentleman, encik, puan,dato,datin,dato seri, puan seri, sebelum anda ada title itu anda hanyalah SI POLAN BINTI SI POLAN atau pun SI POLAN BIN SI POLAN..
so xperlu nak berkata dengan bangganya kamu yang lemah/rendah/miskin/muda jadi kamu kene tunduk dan menghormati aku walaupon aku salah... inilah perilaku MANUSIA yang di benci ALLAH

"BERKATA BENARLAH WALAUPUN IANYA PAHIT DAN ELAKKANLAH PERKARA YANG SYIRIK"

Thursday, May 24, 2012

Tersungkur di tepi kelisa...

hah agak cliche title di atas.... sebenarnye pada 22/05/2012 ari tuh aku nk pegi kerja, tgh rilek bwk sebelah kanan, tetiba......amoi sorang ni bg signal sekali je die terus libas masuk kanan lalu terpaksa la aku rempuh die...agak sakit luka kat kaki kiri, pinggang sakit moto pecah2.... amoi tu turun maki aku pulak kate aku buta da la aku tgh sakit ni nak ajak g balai, aku suruh die pegi dulu nanti aku pegi...... adoi xpasal MC 3 hari dok umah, Moto pecah2 kuar duit lg.... nasib2

Wednesday, May 16, 2012

Insaf Seketika

hari ni aku terbaca satu kisah ni berkaitan dgn minat aku sendiri, aku sharekan link kat bwh dgn cerita die skali, mmg menyayat hati, aku rasa mcm nk bersaa awal dari dunia motorsport ni....

http://www.kakibising.com/2012/05/kisah-sebenar-menyayat-hati-disebalik.html

Lebih kurang pukul 6 petang 6-may-12, aku masuk hiway Plus dari kuantan nak ke KL. Aku maintain crusing 180km/j tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju. Aku tengok Inspira makin dekat dgn keta aku then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus follow inspira tu, meter dah jadi 200km/j. Wow hati kering driver inspira tu! Keta standard, absober standard, rim dan tayar pun standard kilang. Memandangkan speed dah 200km/j then aku follow je dalam jarak lebih dari 5 biji kereta demi keselamatan. Enjoy pasal inspira tu rajin hi beam halau kereta ke tepi so aku kat belakang dia just follow je la. Time coner jalan tak rata aku nampak inspira tu body dah goyang tapi dia tetap maintain speed. Ada jugak terdetik nak potong dia tapi memandangkan aku plan nak crusing je so aku maintain je la speed 200km/j kat belakang dia. Tetiba kat depan ada sebijik Mitsubishi Lenser 2.0 kat lane kanan dalam kelajuan 140km/j. Lancer tu taknak ketepi tapi terus tekan minyak dan inspira tu terus cucuk. Hmmm kereta yg sama cuma pengilang yg berlainan. Proton Inspira vs Mitsubishi Lencer. Aku pun ikut je la dari belakang untuk melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200km/j. Kalau ikut darah pahlawan time ni sedap potong kedua-dua tu tapi angin tengah baik lagipun lately tak tau la aku macam gerun sikit nak rembat kaw-kaw, hmmmm mungkin ada hikmah tu. so aku ikut je dari belakang. Dalam 5 minit aku follow melihat aksi mereka ada pulak sebuah bas di belakang antara beberapa buah kereta yg bawak pada kelajuan biasa kat lane kiri. Inpira masih mencucuk lenser dgn rapat dan aku makin menjarakkan sikit demi keselamatan. Tetiba aku nampak inspira, lenser, bas dan beberapa kereta kat depan macam ada kacau bilau. Terus aku nampak lenser tu melanggar pagar kiri hiway dan melintas depan keta aku lalu langgar pagar kanan pulak dan melompat sambil berpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sebelah yg menghala ke terengganu. Sewaktu Lancer tu diudara sebuah kereta di laluan sebelah betul2 berada dibawah lenser tu. Nasib kereta tu memang baik tapi bila lenser tu dah terempas ke laluan sebelah ada sebuah kereta lain terlanggar serpihan lenser tu lalu terbabas dan langgar pagar. Kereta Inspira tu aku perasan slow sekejap pastu terus menghilangkan diri. Masa aku pelahankan kereta untuk berenti aku perasan penumpang lenser yg duduk di depan dah kaku. Sebaik je aku berenti aku terus berlari ke lenser tu untuk membantu. Aku antara org terawal sampai dan masa aku tengah melintas pagar kat tengah hiway untuk ke laluan sebelah ada sorang brother yg berlari lebih awal bagi tau ada baby kat tengah jalan. Ya Allah!!!!! menggigil kepala lutut aku dan rasa sebak cam nak nangis nampak baby yg aku rasa baru beberapa bulan dah tercampak keluar dan ada kat tengah-tengah jalan. Aku terus jerit kat brother tu suruh angkat je baby yg tengah menangis tu. Brother tu pun macam panik tapi aku jerit je suruh dia angkat baby tu. Syukur kereta di laluan tu suma terus berenti. Aku terus pergi kat ke lenser tu dan ada orang suruh mangsa mengucap. Bila aku tengok kedua-dua penumpang dah diam. Aku nampak penumpang depan perempuan, masih dalam ber’seatbelt’ dan air bag dah kempis. Kepala penumpang tu dah tunduk kedepan tapi aku yakin tengkok patah pasal nampak tulang tengkok macam nak terkeluar. Dia dah tak bernyawa. Aku periksa pemandu, lelaki, masih memakai seatbelt dan airbag dah kempis. Pemandu tu pun terlentok kaku. Ada kesan lebam di leher. Aku yakin dia pun dah tak bernyawa. Aku terus pesan pada dua tiga orang yg ada kat situ supaya jgn sentuh mangsa yg dah tak bernyawa. Apa-apa hal tunggu polis. Pastu ada brother terus jaga lalu lintas dan aku pun bersihkan serpihan lenser tu untuk bukak jalan. Aku ternampak beberapa document peribadi mangsa atas jalan terus aku kutip dan kumpulkan satu tempat. Aku periksa baby tu pulak, dahi dia luka kena jalan. Nampak isi warna putih dan berdarah. Aku terus kumpulkan beg-beg yg tercampak keluar dan untuk carik beg baby lalu aku kumpulkan setempat. Alhamdulilah ada sorang pakcik dan anak perempuan dia datang bantu tolong pegangkan baby tu. Aku keluarkan tuala dari beg baby tu untuk tutup kepala dia. Aku carik susu tapi dah takde dalam beg. Aku selongkar beg mangsa untuk cek document yg mungkin boleh membantu aku menghubungi ahli keluarga mangsa tapi semuanya cuma document peribadi mangsa je dan takde no ahli keluarga mangsa. Dalam masa 20 minit lepas kejadian tetiba ada pakcik tu ambih phone mangsa dan call ahli keluarga mangsa. Rupa-rupanya ada ahli keluarga mangsa ada convoi bersama mangsa hampir sampai ke tempat kejadian. Bila hali keluarga mangsa sampai terus kitorang suruh ambik baby tu dulu dan hantar ke hospital. Aku rasa macam nak ambik gambar mangsa tapi tak sampai hati. So aku ambik gambar kereta mangsa je dari depan. Pastu dalam beberapa minit polis, bomba, ambulan pun sampai. Aku kat tempat kejadian ada la dalam sejam dan berulang2 kali aku terpaksa bercerita dari awal hingga habis. Sempat jugak aku bercerita pada ahli keluarga mangsa yg datang ambik baby tu. Aku tinggalkan tempat tu dgn kaki yg mengigil. Live depan mata excident 200km/j. Dalam masa beberapa saat je 2 nyawa melayang, baby terpelanting keluar kereta dan baby yg tak tau apa-apa kehilangan ibubapa selamanya. Aku teruskan perjalanan ke KL dgn kelajuan yg tak sampai 160km/j. isteri aku kat sebelah troma dan ketakutan. Dalam kereta sunyi sepi tak berborak, radio pun tak on. Sampai tol gombak baru aku bukak radio dan cuba bercakap dgn wife aku untuk tenangkan dia. Lancer crash at 200km/j. Dari laluan kuantan ke KL terpelanting ke laluan sebelah (KL ke Kuantan).



moral of the story:

1.Kalo nk bwk laju make sure pengalaman n confident handling kete pd kelajuan yg penuh tinggi kalo tak rentikan la..
2.make sure kete complete baru buat mcm tu, kalo da standart kilang xpyh la laju 14okm/h pun da rase nk membuang..
3.kalo bwk isteri dan anak2 jgn la laju2 ye, hargai org tersayang..
4.ikut undang2 jalan raya

Tuesday, May 15, 2012

Chicken soup for heart...

When you work like you will live for a thousand years, that"s mean you are very committed to your work and insyaallah you will see the good thing comes to you as a gift from Allah so don't forget to perform your Solat because that a sign that Allah be there for you, never do something bad to other or it will comes back to you, don't promise unless you will fulfill it...

When you prays to God, do it like you will die another few hours, it gave you a spirit to trust in god and believes Him 100% even thought life is hard, remember one thing, Allah never change your fate unless you struggle to....

(إِنَّمَآ أَمۡرُهُ ۥۤ إِذَآ أَرَادَ شَيۡـًٔا أَن يَقُولَ لَهُ ۥ كُن فَيَكُونُ (٨٢
But His command, when He intendeth a thing, is only that he saith unto it: Be! and it is.(82)
Surah Yaasin Juz 22 ayat 82

Wednesday, May 9, 2012

Helpdesk...

hah tu la designation terbaru aku kat HQ nih, merangkap 2nd Level NOC, agak pening jugak la belajar benda baru... soal kerja aku ok cume apabila janji xditepati tu yg buat sakit hati, sebelum dtg ckp lain da dtg ckp lain mcm mane kite nak commit? urm entahla... ada rezeki lama kat sini ada la kalo tak terpaksa la berhijrah lg... BARANG YANG DIPINJAM HENDAKLAH DIPULANGKAN SEMULA, JANGAN BERJANJI JIKA XMAMPU MEMENUHI, HARAM HUKUMNYAMENYIMPAN SESUATU YG BUKAN HAK MILIK KITA...

Tuesday, May 8, 2012

Selamat sudah....

30 April 2012, selamat la ku kmbali ke Shah Alam setelah 4 tahun berkelana di negeri jajahan Darul Takzim... perasaan mcm berat nk tinggal kan tempat ni tapi xpe lah maybe ada sesuatu yg baik akan dtg selepas ni kot.... agak jauh gak subang bestari ni ke dalam tapi ok lah tinggat 9 sewa rumah rm750....

Sunday, April 15, 2012

penat, lelah,tired,etc.......

adui lotih gak nak ngemas ruah nk pindah ni, rase mcm pasni nk duduk trus xmo pindah2 dah, seksa rasenye...... susahnye nk cr rumah sewa ni da naik letih da aku dgn wife menelepon no.2 yg ada kat dlm mudahnye.com.my tu, sume mahal2 plak tu, ada ke flat sek 19 tgkat 5 850 gle ke?

Friday, April 6, 2012

Tentang Rasa

Seriously aku mmg suke lagu ni, tgh cr jln mcm mane nak embedded lagu ni kat blog aku hu3....


Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

berakhir sudah......

Tanggal 1hb MEI 2012, adalah tarikh terakhir aku mencari rezeki di Jajahan Darul Takzim ini, bermula 3hb Mei 2012 aku kembali ke kampung halaman ku iaitu Kuala Lumpur ( padahal blk s.alam jer ).....
....
...
.
xde feel plak mcm teater, senang citer la, nk kene blk ke HQ blk duduk diam2 dlm opis monitor keje org 24/7... hope dpt boss yg lg baik dari si S**0* tu, increment ciput...
.
KL? kompom jem, seb bek la ada mengkarung JJT tu, leh la aku tunggang die g keje, save sikit duit, xde la kene tol ha3...

haa?? kenapa blk KL?
..
owh sebab sakit la ape lagi, da xle wat keje field lg dah, doc xbg takut patah pulak pinggang aku nanti... ape name nye ek.... hah da ingat CHRONIC LUMBAR STRAIN...

ni kalo claim SOCSO best ni dpt la 80k leh byr loan kasi abis ha3