April 11th, 2009
Suratku untukmu ibu…
Posted by benbros in Uncategorized
Sayu rasanya menjejakkn kaki di atas pentas kebanggaan tanpa aku melihat dirimu ibu… kalaulah kau masih ada akan ku peluk, akan ku cium dahi mu dan berkata terima kasih ibu kerna memberikan aku pelajaran… setitis demi setitis airmata jantan ini mengalir membasahi skroll diploma yg ku genggam erat kerna aku sesal kau tiada ketika aku berjaya… ingin aku berucap dengan bangga bahawa kejayaanku adalah kejayaan mu ibu… ingin aku buktikan pada semua yg menghina engkau yg berkerusi roda bahawa kekurangan dirimu itu tidak bermakna kau tidak bisa mendidik anakmu dengan baik… ibu ampunilah aku ibu… ibu aku rindu padamu… ibu aku ingin memeluk mu tapi yg tinggal hanya lah sarung kaki terakhir yg kau pakai dan sepasang batu putih yg bertulis namamu dan sebuah perkampungan yg sunyi tempat engkau berehat sebelum sampai masanya… maafkn aku ibu… berehatlah ibu kerna anakmu sudah berjaya….
No comments:
Post a Comment