.

.
memories

Monday, May 27, 2013

Aku, Isteriku dan York...

Yeay akhirnya penantian kami utk psg aircond kat bilik dah tiba..... mlm bi merengkot la aku sejuk hehehe

Sunday, May 26, 2013

Kenduri Tahlil dan Doa Selamat

Alhamdulillah..... syukur ke hadrat ilahi, akhirnya berjalan dgn lancar jugak majlis ni.

Org surau je dah dekat 20 org, adik beradik aku sumer dtg, abah umi n nenek pun ada, along dgn paksu sekeluarga lagi, mmg wife aku punye signature ayam grg berempah licin la jwbnye...

Nasib baik ibu mertua dgn adik ipar serta buayafrennye ada, lega sket rasenye. Maklumla da setaun pendam nk buat kenduri tp xterbuat akhirnya dpt buat mmg rase puas sgt2..

Tahlil dan Yaasin disedekahkan pada ahli keluarga yg telah pergi meninggalkan kami, antaranya:

Maryah Bt Abd Razak ( Mama )
Abdul Wahab Bin Mat Rawi ( Abah Sungkai )
Abd Razak Bin Mohd Radzi ( Tok Rajak )
Yahaya Bin Mat Said ( Tok Wan Gerik )
Muhammad Bin Kasmin ( Pak Itam )
Kintan Binti Kasmin (Mak Long )
Dina Binti Abu Yamin ( Nenek )
Zainol Bin Man ( Abah Angah )
Pak Ngah

Ada nama yg terlupa kot.... ( nanti edit blk )

Alhamdulillah syukur....

Tuesday, May 14, 2013

Tidur dgn aman...

As usual la bile bdn xsihat, nk tdo pun susah... adoi...

Polycystic Ovary Syndrome

 Aku copy jer ni dri blog http://obgyndrsuhaimi.blogspot.com/2012/07/sindrom-polisistik-ovaripcos-dan.html... Terima Kasih Tuan Tanah

 Aku kene memahami masalah ni untuk persediaan aku sendiri...

Sindrom Polisistik Ovari(PCOS) dan Masalah pada anda



Assalamualaikum semua,maaf kerana entri  kali ini lambat kerana kesibukan kerja.
Kali saya akan terangkan mengenai Sindrom Polisistik Ovari atau Polycystic Ovarian Syndrome(PCOS). Ok saya rasa anda semua mungkin pernah terdengar atau mendengar tentang PCOS ini. Sindrom ini kerap atau selalu kita temui pada wanita tetapi perbezaan adalah pada presentasi PCOS ini pada wanita-wanita ini. Presentasi  PCOS bolih pelbagai cara dari tiada simtom hinggakan pada masalah haid dan kesuburan.
Bila kita berbicara mengenai sindrom , tidak apa jua sindrom seperti sindrom Down, tiada terdapat ciri-ciri atau simtom-simtom khusus bagi penyakit tersebut. Sindrom bermakna terdapat beberapa karektor-karektor atau ciri-ciri masalah,complain atau ujian-ujian dan bila dirangkumkan menjadi satu karektor penyakit yang dipanggil sindrom. Olih kerana itu sindrom tidak bolih ujud hanya dengan satu kerektor atau ciri atau simtom. Ini termasuklah PCOS ini  yang saya akan terangkan kerektor-kerektor PCOS tersebut.
Apakah PCOS?
PCOS adalah masalah endokrin yang utama wanita. PCOS adalah punca utama(80%) wanita yang mengalami  infertili yang disebabkan olih kegagalan ovulasi.Adalah dianggarkan 10% wanita mengalami PCOS dan kalau ultrasound digunakan sebagai kriteria PCOS, peratusannya lebih tinggi.(20-30%).
Apakah kriteria-kriteria/ciri-ciri/simtom-simtom PCOS?
1.       Ketidaktentuan atau tiada ovulasi
Ini selalunya ditunjukkan dengan kitaran haid yang tidak menentu. Kitaran panjang(>42 hari),darah turun berlebihan dan panjang. Perdarahan haid yang banyak dan panjang bolih menyebabkan anemia.
2.       Terdapatnya ciri-ciri “hyperandrogenism” sama secara klinikal atau ujian darah.
“Hyperandrogenism” adalah keadaan dimana seseorang itu mempunyai paras hormone androgen/testosterone(hormone lelaki) yang tinggi dalam darah. Secara klinikalnya,wanita ini mempunyai masalah jerawat,alopecia(Rambut botak) dan hirsutism( bulu-bulu halus berlebihan di muka,dada dan perut). Kalau ujian darah dilakukan seperti serum Testosterone menunjukkan parasnya tinggi.
3.       Ultrasound menunjukkan ovari-ovari  mempunyai banyak cyst-cyst kecil (purata 1 cm) berkumpul di pinggir dinding ovary membentuk satu “rantaian kalung mutiara.”. Pada setiap ovary terdapat lebih dari 12 cyst-cyst kecil ini dan kedua-dua ovary bersaiz besar.
Apakah komplikasi-komplikasi atau masalah-masalah berkaitan dengan PCOS?
1.       Masalah/komplikasi masapendek
·         Masalah kitaran haid tidak normal termasuklah haid berhenti.
·         Masalah hirsutism
·         Masalah kesuburan.infertiliti
2.       Masalah/komplikasi masapanjang
·         Obesiti
·         Masalah metabolic dan rintangan insulin  koelsterol tinggi,sakit jantung.
·         Diabetis Jenis 2 atau diabetis semasa mengandung
·         Darah tinggi
·         “Hyperplasia” dinding rahim dan bolih menyebabkan kanser rahim. Hyperplasia terjadi kerana rangsangan estrogen pada dinding rahim terlalu lama.
Apakah Etiologi/sebab-sebab  PCOS?
Patogenesis PCOS tidak diketahui sepenuhnya, Olih kerana karektor-karektor PCOS adalah pelbagai maka etiologi bukan satu tetapi mungkin juga pelbagai punca.
Diantara faktor-faktor penyebab PCOS adalah:
·         Genetik
·         Rintangan Insulin/Insulin resistance dengan hyperinsulinaemia.
Terdapat masalah pada reseptor insulin pada sel-sel dan menyebabkan insulin tidak dapat digunakan. Maka badan akan respon dengan menghasilhan lebih banyak lagi insulin.
·         Hyperandrogenism
Ovari-ovari menghasilkan lebih banyak hormon-hormon androgen. Ini berpunca dari peningkatan hormone LH yang merangsang sel-sel  theca pada ovary untuk menghasil lebih androgen.
·         Obesiti
Diantara 35 hingga 60% wanita PCOS mempunyai BMI > 30 kg/m2. Obesiti PCOS adalah obesity sentral(di perut) dan ianya memburukkan lagi rintangan insulin.
Apakah ujian-ujian yang dilakukan bagi menguji PCOS?
·         Paras serum hormone LH,FSH,Testosteron,Prolaktin,Tiroid
·         Ujian bagi hyperandrogenism adalah hormone DHEA dan SHBG
·         Ultrasound pelvis
Apakah rawatan yang ada untuk pesakit PCOS?
Pilihan rawatan bergantung kepada apakah kemahuan wanita itu.
Merubah carahidup
Mengurangkan berat badan kepada berat yang ideal dengan permakanan dan senaman. Wanita PCOS memerlukan sokongan dari suami atau kawan-kawan kerana mereka biasa mempunyai ‘low self-esteem’ dan sensitik. Saya rasa inilah cara yang terbaik bagi rawatan PCOS.
Memulihkan masalah haid
o   Menurunkan berat badan
o   Pil perancang keluarga (COCP)
o   Metformin
Metformin adalah ubat kencing manis digunakan untuk mengawal hormone androgen.Metformin bolih menggalakkan ovulasi dan mengawal haid.
Mengawal simtom-simtom hyperandrogenism
o   Kosmetik seperti bercukur,mencabut,elektolisis
o   Ubat Anti-androgen bolih digunakan untuk rawatan jerawat dan hirsutism.Perlu diambil selama 6 hingga 9 bulan untuk menampakkan kebersanannya. Elakkandari mengandung semasa pengambilan anti-androgen.
o   Pil Perancang keluarga dapat mengurang hormone androgen. Contohnya ialah Diane.Selain dari mengurang simtom hyperandrogenism,ianya juga menyebabkan kitran haid teratur dan normal.
Infertiliti
o   Mengurangkan berat badan sahaja bolih membantu seseorang itu mengandung.
o   Induksi Ovulasi dengan Clomiphene atau gonadotrophin.
o   “Ovarian drilling’ melalui laparaskopi
o   In-vitro-fertilisation(IVF).
Kesimpulan:
PCOS adalah masalah endokrin yang utama pada wanita. Simtom-simtom PCOS adalah pelbagai seperti masalah haid,kesuburan,obesity dan hirsutism. PCOS juga mempunyai komplikasi masa panjang seperti diabetis,darah tinggi, kolestero  tinggi  dan serangan sakit jantung. Rawatannya bergantung kepada kehendak pesakit. Mengurangkan berat badan kepada paras yang normal adalah rawatan utama PCOS.

Monday, May 13, 2013

Blood infection...

Baru semalam wife aku xsihat but now aku plak yg xsihat...

Tulang belulang sakit sgt, rasa seram sejuk, arghh xtahan.. ajak wife g Poliklinik Dinar utk check... ramainye org dkt klinik ni, wait until 20 minutes and finally bilik 4 panggil...

Tada!!!!! Dpt doc soft spoken yg sama check wife aritu... die tye ape masalah n aku terangkan ape yg jd termasuk la muntah... then die kate kene amek darah so aku pun ok je la... lepas 10 minit result darah keluar.....

"En izham u kene infection in ur blood, ur platlet level is more than usual"...

Tergamam kejap, doc advice utk g hospital tpi aku xmo sebab xde sape nk look after wife kalo aku warded, so aku just amek ubat je la, tekak da sakit badan panas sgt2...

#mcfor2days
#sakitpenghapusdosa

Sunday, May 12, 2013

Research...

Polycystic Ovary Syndrome (PCOS): Symptoms, Cause, and Treatment

Aku nak kaji pasal benda ni dgn lebih mendalam....

Mode : kuruskan badan...

Tawa dlm tangisan...

Gambar yg membawa byk erti yg menjurus ke arah perasaan gembira dan sedih...

Ianya kosong tanpa kantung... juga kospng tanpa ketumbuhan....

Aku masih bersyukur atas aturan mu Ya Allah.....

Thursday, May 9, 2013

Percaya pada Ilahi...

Tenangkan hati....
Kosongkan jiwa...
Cari redha ilahi...
Ku kan pulang jua...


Bimbang...

Wife bru je whatsapp, katenye peranakan sebelah kanan sakit sgt... aduh risaunye hati ni...

Almost 1 month and half xdtg P, 4 Upt buat sumenye negatif, macam mane xbimbang... hope xde apape...

Wednesday, May 8, 2013

I'm 27 years old...but....

Yes it's true!! walaupun nampak mcm da umur 37 hahahaha

Aku bangga dengan pencapaian aku setakat ni... .dalam umur semuda ini aku dah ada keluarga yg sangat menyayangi aku dan isteri yg setia susah dan senang....

Banyak jugak dugaan aku dlm hidup ni, apa yg aku harapkan aku xdpt dan penantian aku masih belum berakhir.... aku percaya pada qada' dan qadar ilahi, aku masih menunggu dan terus menunggu agar suatu hari nanti aku dikurniakan cahaya mata yg sgt aku idamkan... kain putih yg akan aku dan isteriku corakkan... akan kupastikan tiada kejahatan dlm diriku yg turun padanya... hanyalah kebaikan dan pengalaman hidupku...






Insha Allah... tidak pernah putus doaku kepada tuhan yg agung agar aku bisa memiliki anugerah tidak terhingga ini.....


Senyum.... itu je yg mampu bile melihat ibu bapa lain bersama anak2 mereka...





Aku akan terus berharap kerana aku percaya, Allah sentiasa bersama org yg sabar..... cuma kadang2 aku xmampu tahan kesedihan aku, tapi aku xkan tunjukkan itu di dpn isteriku, aku paham kesunyian dlm hatinya apabila aku sibuk bekerja...




 Dalam Surah Al-Dhariyat (51):29-30, firman Allah yang bermaksud:
 (Mendengarkan berita yang menggembirakan - akan dapat zuriat - itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil berkata: Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapat anak)? Mereka berkata: Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dialah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.