Aku copy jer ni dri blog http://obgyndrsuhaimi.blogspot.com/2012/07/sindrom-polisistik-ovaripcos-dan.html... Terima Kasih Tuan Tanah
Aku kene memahami masalah ni untuk persediaan aku sendiri...
Sindrom Polisistik Ovari(PCOS) dan Masalah pada anda
Assalamualaikum semua,maaf kerana entri kali ini lambat kerana kesibukan kerja.
Kali saya akan terangkan mengenai Sindrom Polisistik Ovari atau Polycystic Ovarian Syndrome(PCOS). Ok saya rasa anda semua
mungkin pernah terdengar atau mendengar tentang PCOS ini. Sindrom ini kerap
atau selalu kita temui pada wanita tetapi perbezaan adalah pada presentasi PCOS
ini pada wanita-wanita ini. Presentasi
PCOS bolih pelbagai cara dari tiada simtom hinggakan pada masalah haid
dan kesuburan.
Bila kita berbicara mengenai sindrom , tidak apa jua sindrom
seperti sindrom Down, tiada terdapat ciri-ciri atau simtom-simtom khusus bagi
penyakit tersebut. Sindrom bermakna terdapat beberapa karektor-karektor atau
ciri-ciri masalah,complain atau ujian-ujian dan bila dirangkumkan menjadi satu
karektor penyakit yang dipanggil sindrom. Olih kerana itu sindrom tidak bolih
ujud hanya dengan satu kerektor atau ciri atau simtom. Ini termasuklah PCOS
ini yang saya akan terangkan kerektor-kerektor
PCOS tersebut.
Apakah PCOS?
PCOS adalah masalah endokrin yang utama wanita. PCOS adalah
punca utama(80%) wanita yang mengalami infertili
yang disebabkan olih kegagalan ovulasi.Adalah dianggarkan 10% wanita mengalami
PCOS dan kalau ultrasound digunakan sebagai kriteria PCOS, peratusannya lebih
tinggi.(20-30%).
Apakah
kriteria-kriteria/ciri-ciri/simtom-simtom PCOS?
1.
Ketidaktentuan atau tiada ovulasi
Ini selalunya ditunjukkan dengan kitaran
haid yang tidak menentu. Kitaran panjang(>42 hari),darah turun berlebihan
dan panjang. Perdarahan haid yang banyak dan panjang bolih menyebabkan anemia.
2.
Terdapatnya ciri-ciri “hyperandrogenism” sama
secara klinikal atau ujian darah.
“Hyperandrogenism” adalah keadaan dimana
seseorang itu mempunyai paras hormone androgen/testosterone(hormone lelaki)
yang tinggi dalam darah. Secara klinikalnya,wanita ini mempunyai masalah
jerawat,alopecia(Rambut botak) dan hirsutism( bulu-bulu halus berlebihan di
muka,dada dan perut). Kalau ujian darah dilakukan seperti serum Testosterone
menunjukkan parasnya tinggi.
3.
Ultrasound menunjukkan ovari-ovari mempunyai banyak cyst-cyst kecil (purata 1
cm) berkumpul di pinggir dinding ovary membentuk satu “rantaian kalung
mutiara.”. Pada setiap ovary terdapat lebih dari 12 cyst-cyst kecil ini dan
kedua-dua ovary bersaiz besar.
Apakah
komplikasi-komplikasi atau masalah-masalah berkaitan dengan PCOS?
1.
Masalah/komplikasi masapendek
·
Masalah kitaran haid tidak normal termasuklah
haid berhenti.
·
Masalah hirsutism
·
Masalah kesuburan.infertiliti
2.
Masalah/komplikasi masapanjang
·
Obesiti
·
Masalah metabolic dan rintangan insulin koelsterol tinggi,sakit jantung.
·
Diabetis Jenis 2 atau diabetis semasa mengandung
·
Darah tinggi
·
“Hyperplasia” dinding rahim dan bolih
menyebabkan kanser rahim. Hyperplasia terjadi kerana rangsangan estrogen pada
dinding rahim terlalu lama.
Apakah
Etiologi/sebab-sebab PCOS?
Patogenesis PCOS tidak diketahui sepenuhnya, Olih kerana karektor-karektor
PCOS adalah pelbagai maka etiologi bukan satu tetapi mungkin juga pelbagai
punca.
Diantara faktor-faktor penyebab PCOS adalah:
·
Genetik
·
Rintangan Insulin/Insulin resistance dengan
hyperinsulinaemia.
Terdapat masalah pada reseptor insulin pada sel-sel dan menyebabkan
insulin tidak dapat digunakan. Maka badan akan respon dengan menghasilhan lebih
banyak lagi insulin.
·
Hyperandrogenism
Ovari-ovari menghasilkan lebih banyak hormon-hormon androgen. Ini
berpunca dari peningkatan hormone LH yang merangsang sel-sel theca pada ovary untuk menghasil lebih
androgen.
·
Obesiti
Diantara
35 hingga 60% wanita PCOS mempunyai BMI > 30 kg/m2. Obesiti PCOS adalah
obesity sentral(di perut) dan ianya memburukkan lagi rintangan insulin.
Apakah ujian-ujian
yang dilakukan bagi menguji PCOS?
·
Paras serum hormone
LH,FSH,Testosteron,Prolaktin,Tiroid
·
Ujian bagi hyperandrogenism adalah hormone DHEA
dan SHBG
·
Ultrasound pelvis
Apakah rawatan yang
ada untuk pesakit PCOS?
Pilihan rawatan bergantung kepada apakah kemahuan wanita
itu.
Merubah carahidup
Mengurangkan berat badan kepada berat yang ideal
dengan permakanan dan senaman. Wanita PCOS memerlukan sokongan dari suami atau
kawan-kawan kerana mereka biasa mempunyai ‘low self-esteem’ dan sensitik. Saya
rasa inilah cara yang terbaik bagi rawatan PCOS.
Memulihkan masalah
haid
o
Menurunkan berat badan
o
Pil perancang keluarga (COCP)
o
Metformin
Metformin
adalah ubat kencing manis digunakan untuk mengawal hormone androgen.Metformin
bolih menggalakkan ovulasi dan mengawal haid.
Mengawal
simtom-simtom hyperandrogenism
o
Kosmetik seperti bercukur,mencabut,elektolisis
o
Ubat Anti-androgen bolih digunakan untuk rawatan
jerawat dan hirsutism.Perlu diambil selama 6 hingga 9 bulan untuk menampakkan
kebersanannya. Elakkandari mengandung semasa pengambilan anti-androgen.
o
Pil Perancang keluarga dapat mengurang hormone
androgen. Contohnya ialah Diane.Selain dari mengurang simtom
hyperandrogenism,ianya juga menyebabkan kitran haid teratur dan normal.
Infertiliti
o
Mengurangkan berat badan sahaja bolih membantu
seseorang itu mengandung.
o
Induksi Ovulasi dengan Clomiphene atau
gonadotrophin.
o
“Ovarian drilling’ melalui laparaskopi
o
In-vitro-fertilisation(IVF).
Kesimpulan:
PCOS adalah masalah
endokrin yang utama pada wanita. Simtom-simtom PCOS adalah pelbagai seperti
masalah haid,kesuburan,obesity dan hirsutism. PCOS juga mempunyai komplikasi
masa panjang seperti diabetis,darah tinggi, kolestero tinggi
dan serangan sakit jantung. Rawatannya bergantung kepada kehendak
pesakit. Mengurangkan berat badan kepada paras yang normal adalah rawatan utama
PCOS.
No comments:
Post a Comment