Yes it's true!! walaupun nampak mcm da umur 37 hahahaha
Aku bangga dengan pencapaian aku setakat ni... .dalam umur semuda ini aku dah ada keluarga yg sangat menyayangi aku dan isteri yg setia susah dan senang....
Banyak jugak dugaan aku dlm hidup ni, apa yg aku harapkan aku xdpt dan penantian aku masih belum berakhir.... aku percaya pada qada' dan qadar ilahi, aku masih menunggu dan terus menunggu agar suatu hari nanti aku dikurniakan cahaya mata yg sgt aku idamkan... kain putih yg akan aku dan isteriku corakkan... akan kupastikan tiada kejahatan dlm diriku yg turun padanya... hanyalah kebaikan dan pengalaman hidupku...
Insha Allah... tidak pernah putus doaku kepada tuhan yg agung agar aku bisa memiliki anugerah tidak terhingga ini.....
Senyum.... itu je yg mampu bile melihat ibu bapa lain bersama anak2 mereka...
Aku akan terus berharap kerana aku percaya, Allah sentiasa bersama org yg sabar..... cuma kadang2 aku xmampu tahan kesedihan aku, tapi aku xkan tunjukkan itu di dpn isteriku, aku paham kesunyian dlm hatinya apabila aku sibuk bekerja...
Dalam Surah Al-Dhariyat (51):29-30, firman Allah yang bermaksud:
(Mendengarkan
berita yang menggembirakan - akan dapat zuriat - itu), maka datanglah
isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil
berkata: Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapat
anak)? Mereka berkata: Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya
menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dialah Yang Maha Bijaksana, lagi
Maha Mengetahui.
No comments:
Post a Comment