Sekadar perkongsian untuk semua.. ini pendapat sy terpulang pd anda untuk menilainya...
Isteri bukan lah boneka yg boleh kita suruh, arah dan kite gunakan untuk kepentingan mahupun hawa nafsu semata2...
Sebaliknya isteri adalah peneman kita diwaktu susah dan senang, adakalanya mereka menjadi penunjuk jalan ketika kita dlm kebuntuan.
Definisi isteri kene ikut ckp suami sepenuhnya adalah tidak relevan bg aku sebab adakalanya lelaki pada era ini tidak cukup matang / bebal dlm menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Dlm rumah tangga kite harus berbincang supaya masalah itu dpt diselesaikan dgn baik bkn bile dah jd parah tuding jari pd pasangan. Adakalanya pemikiran si isteri juga bernas dan masuk akal jdi apa salahnya kite ikut ckp mereka.
Masalah yg paling cliche dlm rumahtangga ialah apabila pasangan itu gagal mendapatkan zuriat. Jika masalah itu dtg dri suami, isteri sanggup bersabar dan memendam perasaannya kerana sygkn suaminya tapi jika sebaliknya, si suami mula memberontak, pasang skandal, niat nk kahwin 2 dgn alasan si isteri xmampu memberikan zuriat buatnya.
Bagi aku xperlu buat semua tu, anak tu bonus je dlm hidup, isteri tu xsalah pun bkn die tau nk jadi mcm ni. Waktu bercinta lautan api sanggup direnangi bile jdi mcm ni isteri yg terkontang kanting berendam air mata sedangkn si suami sedap melontar kata mcm lah perempuan di depan tu hanya perempuan simpanan.
Kesimpulan dri kata2 aku ni ialah, isteri tu pilihan anda, time nk kawen dulu anda tye sudi tak awk jdi isteri sy bkn jd kuli, org gaji, kilang beranak, pemuas nafsu dan sebagainya jadi segala baik dan buruknya anda harus terima. Jaga perasaan die wlupun adakalanya perasaan sendiri terluka, cuba penuhi segala permintaannya wlupon susah mana pun, bantu die buat kerja rumah, xjatuh martabat seorang lelaki kalo die bantu isteri die dgn kerja rumah.
"Isteri bukanlah hak milik, tetapi anugerah" - Dato Rahim Razali